[TERKINI] 40 kawasan dekat Gombak alami gangguan air
Air Selangor memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan injap di Jalan Kuching, Gombak disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kejadian injap pecah.
Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 40 kawasan di Wilayah Gombak bermula jam 7:30 pagi, 4 Ogos 2023 (Jumaat)....