Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Khazanah bakal wujud platform baharu, tarik pelaburan - PM

[TERKINI] Khazanah bakal wujud platform baharu, tarik pelaburan - PM

Ini perkembangan yang baharu kami terima.

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bakal mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung dari dalam atau luar negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membantu syarikat tempatan terutama syarikat bumiputera sekali gus mencipta lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat.