[TERKINI] Malaysia akan operasikan semula Kedutaan Besar di Baghdad
Selepas dua dekad ditutup akibat pergolakan politik, Malaysia akan mengoperasikan semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq. Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yakin bahawa pengoperasian semula kedutaan itu akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu.