[TERKINI] Sembilan rakyat Malaysia selamat keluar dari Kiev, dijangka tiba esok
Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka telah selamat dibawa keluar dari Kyiv, Ukraine.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan dalam akuan Twitter memaklumkan, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba esok.