[TERKINI] 428 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di Istanbul
Seramai 428 aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 termasuk 29 delegasi Malaysia selamat tiba di Istanbul, Turkiye pada jam 5.37 petang (waktu tempatan).
Kesemua aktivis berlepas dari Lapangan Terbang Ramon menerusi penerbangan khas Turkish Airlines di wilayah rejim Zionis Israel selepas dibebaskan daripada tahanan di Pelabuhan Ashdod hari ini.