Thailand–Kemboja sepakat kekal keamanan sempadan
Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan terhadap 11 resolusi pada mesyuarat luar biasa jawatankuasa sempadan serantau di Si Saket, timur laut Thailand.
Mesyuarat berkenaan berlangsung Rabu lalu bagi meredakan ketegangan serta mengekalkan keamanan di sempadan bersama.