Iran kekal atur tentera di sempadan, tembak jatuh dron di Selat Hormuz
Iran mengekalkan penempatan besar-besaran pasukan darat di kawasan sempadan negara itu sejak serangan Amerika Syarikat dan Israel pada Februari lalu. Pada masa sama, tentera Iran mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah dron peninjau canggih di Selat Hormuz menggunakan sistem pertahanan udara tempatan.