Tiada bukti sistem mekanikal gagal, mungkin faktor manusia
Laporan awal nahas bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak mendapati tiada sebarang bukti yang merujuk kepada kegagalan sistem mekanikal pada kenderaan itu yang boleh dikaitkan secara langsung sebagai punca kemalangan.