Laporan Siasatan | Sistem pendawaian gagal diselenggara dengan baik
Kegagalan penyelenggaraan sistem pendawaian elektrik dengan baik dikenal pasti punca awal kejadian kebakaran pusat hiburan karaoke di Jalan Putra, Mergong yang mengakibatkan tiga pengunjung mati Jumaat lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon keputusan itu diperoleh hasil siasatan Unit Forensik Bomba di dalam premis terbabit.