Anggota tentera maut tercampak dari jejambat, timpa motosikal lain
Seorang anggota Tentera Darat Malaysia maut selepas tercampak dari atas sebuah jejambat pada ketinggian kira-kira lima meter, sebelum menimpa seorang penunggang motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pada Selasa.