Tiga anggota ditahan curi RM85,000
Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan semasa menjalankan operasi bersepadu di Jalan Silang, Khamis lepas.