Tiga penuntut IKBN maut, seorang cedera
Tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra maut manakala seorang cedera dalam nahas membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Alor Setar pada Khamis.