Top Glove kembali catat keuntungan
Top Glove Corporation Bhd kembali mencatat keuntungan pada suku kewangan ketiga berakhir 31 Mei 2024.
Ia didorong permintaan sarung tangan yang lebih kukuh apabila pelanggan menambah semula inventori sarung tangan selepas syarikat itu mengalami kerugian bagi tujuh suku terakhir berturut-turut.