Tujuh sekawan culik remaja 17 tahun didakwa
Tujuh lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Taiping kerana menculik dan meminta wang tebusan RM3 juta. Tiada pengakuan direkodkan daripada ketujuh-tujuh tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.