Skip to main content
Advertisement
Remaja 13 tahun antara tujuh individu ditahan kes samun guna pisau

Remaja 13 tahun antara tujuh individu ditahan kes samun guna pisau

Seorang remaja perempuan 13 tahun antara tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun menggunakan pisau di sebuah kediaman di Jalan Ampang, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Annas Sulaiman berkata, enam individu lain terdiri daripada lima lelaki berusia 22 hingga 38 tahun dan seorang remaja perempuan 19 tahun, yang ditahan di kawasan tempat letak kereta di Jalan Metro Pudu jam 3 pagi Sabtu.