Tuntutan Sulu | Rakyat Sabah buat keputusan untuk bersama Malaysia
Pada sesi penggulungan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sekali lagi menyatakan pendirian bahawa kerajaan negeri tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntuan Kesultanan Sulu.
Katanya, rakyat Sabah telah membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk sebuah negara Malaysia berdaulat yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).