Hari Malaysia: Kemajmukan masyarakat kelebihan untuk bersama
Kemajmukan masyarakat di negara ini perlu diraikan secara bersama bagi memahami erti perpaduan yang sebenar. Bagi warga Borneo yang menetap di Johor, kepelbagaian budaya dan bangsa perlu dimanfaatkan sepenuhnya sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
