Video Tular | Tiada niat sentuh sensitiviti agama
Dalam usahanya untuk meminta bantuan bagi ibunya yang terlantar, Diwiyana Mohamed berkata dia tidak berniat menyentuh sensitiviti agama.
Wanita berusia 37 tahun itu berkata, tujuannya membuat video sehingga tular, bukan untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kerana buntu dengan permohonan bantuan untuk ibunya, Selamah Hamid, yang masih belum diluluskan.