Zahid Hamidi mohon dilepas & dibebas 47 pertuduhan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi. Permohonan difailkan peguamnya selepas Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan.
