Apabila bercakap mengenai perang Rusia dan Ukraine, perhatian mungkin tertumpu kepada angka korban dan cedera.
Tetapi ramai yang tidak sedar akan impak berantai dan berjangka panjang yang disebabkan oleh konflik yang telah berlarutan selama dua tahun itu.
Sebagai bandar yang dianggap paling selamat kerana jaraknya yang jauh dengan barisan hadapan, Lviv kini berdepan krisis pelarian dalaman, selepas jutaan orang dari seluruh pelusuk Ukraine membanjiri bandar itu untuk menyelamatkan nyawa.