Warga emas maut dalam insiden bot terbalik di Tasik Kenyir
Seorang wanita warga emas maut selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat terlanggar tunggul kayu berhampiran Gua Bewah di Tasik Kenyir. Mangsa yang sedang bercuti bersama keluarga disahkan meninggal dunia akibat lemas selepas berjaya dikeluarkan dari bawah bot.