Episod PUTERA35 kali ini menampilkan Pandai Education, platform edtech yang menyediakan kandungan pembelajaran digital interaktif bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik. Perkembangan syarikat ini turut diperkukuh melalui sokongan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari segi pembangunan kapasiti, bimbingan dan peluang pertumbuhan, selari dengan usaha memperkasa pendidikan digital serta melahirkan generasi berdaya saing.