Zamri Vinoth dituduh keluar kenyataan cetus kegentaran awam
Pendakwah bebas, Zamri Vinoth didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam berhubung penganjuran perhimpunan di hadapan kompleks beli-belah di ibu negara, bulan lalu. Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.