Skip to main content

Advertisement

[Data & Statistik] Pertumbuhan Perdagangan Malaysia dengan China setakat ini

[Data & Statistik] Pertumbuhan Perdagangan Malaysia dengan China setakat ini

Presiden China, Xi Jinping memulakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula 15 April 2025. Lawatan ini penting kerana Malaysia kini mempengerusikan ASEAN dan menjadi penyelaras hubungan ASEAN–China.
Ia juga berlaku ketika ketegangan ekonomi global dan tarif perdagangan menjejaskan dagangan serantau. Laporan MIDF Research turut menunjukkan pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan China sepanjang tahun.