Skip to main content

Dunia

Kad Pokemon bernilai AS$143,000 dicuri dalam rompakan di Denmark

Kad dagangan Pokemon berasaskan siri permainan video membolehkan pemain menangkap dan melatih makhluk fiksyen. - Gambar hiasan
Kad dagangan Pokemon berasaskan siri permainan video membolehkan pemain menangkap dan melatih makhluk fiksyen. - Gambar hiasan
Advertisement

COPENHAGEN: Polis Denmark melancarkan siasatan besar-besaran pada Ahad selepas sekumpulan perompak bertopeng menyerbu sebuah kedai menjual kad Pokemon di utara Copenhagen dan melarikan barangan koleksi bernilai lebih €130,000 (AS$143,000), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis sedang memburu lima lelaki yang dipercayai mengancam seorang pekerja kedai menggunakan objek menyerupai pistol di sebuah pusat beli-belah di Lyngby, utara Copenhagen.

Perompak berkenaan kemudian memecahkan kabinet pameran dan mencuri kad Pokemon yang mendapat permintaan tinggi.

Advertisement

Mereka dilaporkan melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Kad dagangan Pokemon berasaskan siri permainan video membolehkan pemain menangkap dan melatih makhluk fiksyen.

Advertisement

Kad berkenaan kekal sangat popular sejak bertahun-tahun, dengan kad yang jarang ditemukan dan mendapat permintaan tinggi dijual pada harga yang mahal.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement