Thu Oct 10 2024
Niaga AWANI: Jiwa SME: Inovasi gula apong menerjah ke pasaran global
Dari komuniti ke peringkat global! Ini kisah perjalanan SPL Food Industries dalam melakukan inovasi dan mencipta nama di pasaran antarabangsa melalui produk lokal Sarawak, gula apong.
Trend pasaran akhir tahun: Fahami 'Window Dressing' & 'Santa Rally'
Bulan Disember sering kali membawa istilah unik dalam dunia pelaburan seperti 'window dressing' dan 'Santa rally'. Apa maksud istilah in dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran saham Malaysia? Bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkongsi strategi untuk melindungi pelaburan serta persediaan memanfaatkannya.
FBM KLCI dijangka catat aliran meningkat minggu ini
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata, berdasarkan indeks komposit kembali kepada paras 1,600, momentum ini dijangka berterusan, disokong oleh beberapa faktor utama yang menunjukkan prospek pasaran positif.
Lebih dua juta ahli aktif KWSP telah capai simpanan asas - MOF
Seramai 2.65 juta atau 36.2 peratus daripada 7.33 juta ahli aktif formal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 18 hingga 55 tahun telah mencapai simpanan asas mengikut umur setakat 30 Okt, 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Nilai pasaran produk sisa jerami padi cecah RM60 juta
Penghasilan emas hijau atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta apabila diedarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa bermula tahun depan.
Pengeluar sarung tangan Malaysia raih manfaat
Pengeluar sarung tangan Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada permintaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi memandangkan jurang bekalan yang mungkin timbul daripada kenaikan tarif akan datang terhadap sarung tangan yang diimport dari China.
Data & Statistik: Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2023
Indeks pendapatan dan pengagihan menurun 0.1 peratus kepada 128.9 mata pada 2023 berbanding 129.0 mata pada 2022 disebabkan oleh penurunan dalam pendapatan negara kasar per kapita (PNK).
PM terima kunjungan Setiausaha Agung ASEAN, bincang persediaan kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Perjanjian SEZ Johor - Singapura mungkin ditangguh ke Januari 2025
Perjanjian antara Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan zon ekonomi khas (SEZ) di Johor berkemungkinan akan ditangguhkan kepada Januari tahun depan.
I-Nation Global Summit 2024: Tindakan proaktif agensi, pacu ekosistem inovasi
Ketua Pegawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi, berkongsi pandangan mengenai peranan strategik agensi dalam memperkukuhkan ekosistem inovasi. Pengalaman luas beliau dalam memacu kerjasama antara sektor awam, swasta, dan akademia menjadi asas penting sesi ini, yang akan meneroka bagaimana sinergi pelbagai pihak mampu mencipta impak besar dalam menjana inovasi berteraskan misi untuk manfaat masyarakat dan negara.
[Data & Statistics] The Asia Dow Index USD Overview, 4 December 2024
A complete The Asia Dow Index USD index overview by MarketWatch. View stock market news, stock market data and trading information.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
Konflik Korea Selatan: Won Korea melemah dengan ketara
Mata wang Korea Selatan, won, jatuh dengan ketara berbanding dolar AS pada Selasa susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap.
Misi mempelopor wilayah Sarawak sebagai 'Bateri Rantau Asia'
Sarawak Energy Berhad sekali lagi melakar kejayaan untuk dua tahun berturut-turut dalam peranannya memperjuangkan kelestarian alam serta membudayakan strategi pengurusan mampan apabila diberi pengiktirafan pada malam Anugerah Kelestarian Forward Faster 2024, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB). Dua pengiktirafan iaitu Anugerah Forward Faster (Kewangan dan Pelaburan) dibawah kategori syarikat besar serta Anugerah Tindakan Iklim bagi institusi bukan pelaburan dan bukan kewangan) membuktikan syarikat yang mempelopori industri tenaga di Bumi Kenyalang ini serius dengan komitmennya memacu aspirasi hijau wilayah itu yang semakin berkembang pesat di rantau Asia. Berkongsi intipati kejayaan, Astro AWANI menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datu Sharbini baru-baru ini.
YTL GenConnect: Perkasa kerjasama multigenarasi, pacu budaya inklusif
Pengarah Eksekutif Pembinaan YTL, Yeoh Keong Yuan berkata, forum GenConnect: Building Better Together ini meraikan kekuatan kolaborasi antara generasi melibatkan perkongsian pengalaman, pembelajaran bersama, dan membina kekuatan berdasarkan apa yang setiap generasi mampu sumbangkan.
PMI Malaysia turun ke 49.2
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia, yang mengukur kesihatan pengeluaran negara, mereda kepada 49.2 pada November berbanding 49.5 pada bulan sebelumnya.
Jumlah penumpang udara Malaysia terus meningkat
Angka tersebut meningkat 13% kepada 8 juta orang pada Oktober, disokong oleh penambahan tempat duduk, pengenalan laluan penerbangan baharu, serta kelonggaran visa untuk pelancong China dan India.