Kerajaan UK umum henti guna teknologi 5G Huawei
United Kingdom membatalkan hasrat menggunakan teknologi 5G Huawei sebagai sistem telekomunikasi selular di negara itu.
Langkah itu diambil selepas Amerika Syarikat mengancam menghentikan perjanjian perkongsian risikan kerana bimbang peralatan dan sistem Huawei akan digunakan kerajaan China untuk menceroboh rangkaian UK.
