Wed Jan 29 2025
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.
AWANI Ringkas: Dadah 'Zombi' kini di Malaysia, 100 kali lebih kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Peru umum Pilihan Raya 2026
Presiden Peru, Dina Boluarte, menetapkan tarikh pilihan raya umum pada April 2026 bagi meredakan krisis politik dan keselamatan yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia
Platform digital inovatif untuk mengajar Surah Al-Fatihah dilancarkan Presidensi Hal Ehwal Agama Arab Saudi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi termasuk hukum tajwid serta membetulkan bacaan.
Platform ini direka khas untuk jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung ke dua masjid suci tersebut.
Platform ini direka khas untuk jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung ke dua masjid suci tersebut.
Aidilfitri: Terengganu umum Ahad hari kelepasan am
Hari Ahad (30 Mac) diumum sebagai hari kelepasan am bersempena dengan aidilfitri di negeri Terengganu.
Siasat segera pelaku hina wanita Dayak dengan isu perkauman
Polis digesa menjalankan siasatan terhadap video tular mengenai seorang jurujual wanita berketurunan Dayak yang didakwa diugut dan dimaki seorang lelaki dengan melibatkan unsur perkauman.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pelaku dalam insiden yang berlaku di Shah Alam itu harus dikenakan tindakan segera kerana perbuatan itu tidak bertamadun.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pelaku dalam insiden yang berlaku di Shah Alam itu harus dikenakan tindakan segera kerana perbuatan itu tidak bertamadun.
AWANI Ringkas: SARA diagih 1 April ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran hutan Korea Selatan ragut 16 nyawa
Kebakaran hutan besar di tenggara Korea Selatan meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa, memaksa ribuan penduduk dan banduan dipindahkan serta kawasan diisytihar zon bencana khas.
PM Denmark kecam lawatan AS ke Greenland
Lawatan delegasi Amerika Syarikat ke Greenland tanpa jemputan rasmi dikritik Denmark sebagai tekanan tidak wajar, mencetus ketegangan politik menjelang pilihan raya tempatan di pulau Artik itu.
Signal tegas lindungi privasi pengguna
Presiden aplikasi Signal, Meredith Whittaker, pertahan keselamatan aplikasi itu selepas pegawai Amerika Syarikat secara tidak sengaja bocorkan perbincangan ketenteraan kepada wartawan melalui saluran komunikasi selamat.
Trump, Presiden UAE bincang gencatan senjata Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Zayed berbincang usaha capai gencatan senjata di Gaza serta keperluan bantuan kemanusiaan, di tengah serangan berterusan Israel ke atas wilayah itu.
[TERKINI] Paetongtarn lepas undi tidak percaya
Paetongtarn Shinawatra berjaya melepasi undi tidak percaya di parlimen, menepis dakwaan pembangkang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri muda Thailand walau berdepan pelbagai cabaran awal.
Petronas lancar filem 'Anak Siapa Ni' sempena Aidilfitri
Petronas melancarkan filem pendek bersempena hari raya yang mengetengahkan amalan kunjung-mengunjung di musim perayaan.
Raja Muda Selangor hadir majlis berbuka puasa, sampaikan sumbangan pelajar KKKJ
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan menghadiri Program Iftar Kasih Ukhwah anjuran Yayasan TZA di Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ) pada Selasa.
PN dicabar umum calon PM dan MB Perak
Angkatan Muda Keadilan mencabar Perikatan Nasional menamakan calon Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak bagi menunjukkan kesediaan mentadbir, sambil menepis dakwaan Anwar Ibrahim enggan turun berkempen di Ayer Kuning.
Azizulhasni kongsi pengalaman bangunkan atlet Terengganu
Pembangunan sukan berbasikal trek negeri Terengganu bakal dibangunkan menerusi perkongsian pengalaman jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Azizulhasni, yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman, berharap dapat membantu atlet Terengganu mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.
Azizulhasni, yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman, berharap dapat membantu atlet Terengganu mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.