Mayat ditemui di belakang rumah pusaka, dipercayai individu hilang

Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu 4. -Foto Sinar Harian
REMBAU: Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu 4, di sini, pada Khamis.
Ringkasan AI
- Mayat individu tanpa identiti ditemui di belakang rumah pusaka di Kampung Batu 4, berikutan laporan orang hilang yang diterima pihak polis.
- Siasatan sedang dijalankan oleh pasukan polis dan Unit Forensik Polis; Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah turut hadir di lokasi.
- Anak pemilik rumah yang jarang diduduki tersebut mengaku tidak mengetahui perkara mencurigakan sebelum polis tiba untuk pemeriksaan, dan hanya mengetahui tentang penemuan mayat apabila sampai ke rumah pada pagi hari.
Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pada jam 11.46 pagi mendapati, pasukan polis bersama Unit Forensik Polis sedang menjalankan siasatan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Idzam Jaafar dan Ketua Polis Daerah Rembau, Superitenden Hasani Hussain turut kelihatan berada di lokasi.
Idzam yang ditemui pemberita memaklumkan akan memberi maklumat lanjut sebaik saja siasatan lanjut dilakukan.
Pada jam 11.59 pagi, polis dilihat mengusung satu mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, salah seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak pemilik rumah berkenaan berkata, rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah.
"Kira-kira jam 4 pagi tadi, ibu saudara saya telefon beritahu polis mahu meminta kebenaran untuk buat pemeriksaan di rumah.
"Masa itu saya tidak tahu lagi kenapa polis mahu buat pemeriksaan. Kemudian dalam jam 7 pagi, ibu saudara hubungi sekali lagi nak minta kunci rumah dan adik saya pergi serahkannya," katanya.
Jelas anak ketujuh daripada 10 beradik berkenaan, dia hanya mengetahui ada mayat ditemui di belakang rumah peninggalan arwah ibunya itu sebaik sampai di rumah terbabit sekitar jam 9 pagi.
Tambahnya, kali terakhir dia datang ke rumah itu pada 4 Disember lalu selepas pulang ke Rembau untuk mengambil barang.
"Pada waktu itu memang tiada apa-apa yang curiga. Buat masa ini saya juga tidak tahu secara lanjut mengenai kes ini dan ke sini untuk menyerahkan kunci rumah kepada polis," katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditemui di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu 4? A: Mayat seorang individu tanpa identiti ditemui di belakang rumah pusaka tersebut.
- Q: Apakah kaitan penemuan mayat tersebut dengan pihak polis? A: Penemuan mayat itu dikaitkan dengan laporan orang hilang yang diterima pihak polis baru-baru ini.
- Q: Siapakah individu yang turut terlibat dalam siasatan penemuan mayat tersebut? A: Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Idzam Jaafar dan Ketua Polis Daerah Rembau, Superitenden Hasani Hussain turut terlibat dalam siasatan tersebut.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pasukan polis terhadap mayat yang ditemui? A: Pasukan polis dilihat mengusung mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut.
- Q: Apa yang dikongsikan oleh seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan anak pemilik rumah berkenaan? A: Wanita tersebut menyatakan bahawa rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

