Thu Sep 12 2024
Niaga AWANI: Sektor pembinaan dijangka berkembang positif
Sektor pembinaan diunjur akan terus berkembang positif. Ia selepas kebanyakkan kontrator utama lebih tertumpu kepada projek seperti pusat data serta kemudahan perindustrian dan tidak lagi tertumpu kepada pembinaan hartanah.
ASEAN gesa kekalkan keamanan, muktamadkan COC segera
ASEAN menggesa semua pihak untuk menyatakan komitmen dalam kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, demikian gesaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Luahan pilu bapa mangsa, tiada lagi anak lelaki dalam keluarga
Bapa kepada salah seorang pelajar UiTM Dungun yang maut akibat ditrempuh pada Rabu, Jamaludin Hussin meluahkan rasa pilu selepas kedua-dua anak lelakinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selang tujuh tahun.
GISBH : 415 orang Jumlah keseluruhan tangkapan sejak 11 Sept 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tujuan utama Op Global adalah menyelamatkan anak-anak GISBH akibat pengabaian.
[TERKINI] Kes bunuh Altantuya: Hukuman gantung Azilah diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu.
Kanada sumbang $15 juta dolar Kanada ke Lubnan
Kanada akan menyediakan tambahan dana sebanyak $15 juta Dolar Kanada bagi bantuan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan mendesak penduduk awam di Lubnan.
Perkara itu diumumkan, Menteri Pembangunan Antarabangsa, Ahmed Hussen bersama ahli parlimen lain dan badan kemanusiaan negara itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
Perkara itu diumumkan, Menteri Pembangunan Antarabangsa, Ahmed Hussen bersama ahli parlimen lain dan badan kemanusiaan negara itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
Polis California perkenal penggunaan kenderaan Cybertruck
Jabatan Polis Irvine, California memperkenalkan Tesla Cybertruck pertama digunakan polis di Amerika Syarikat.
Dalam satu pengumuman menerusi media sosial, kenderaan itu akan menyokong Program Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (DARE) serta inisiatif perhubungan komuniti lain.
Dalam satu pengumuman menerusi media sosial, kenderaan itu akan menyokong Program Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (DARE) serta inisiatif perhubungan komuniti lain.
[TERKINI] Tiga kilang di kawasan perindustrian SILC, Johor terbakar
[TERKINI] Tiga kilang di kawasan perindustrian SILC, Johor terbakar
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilah Omar membawakan perkembangan terkini kejadian kebakaran tiga kilang di kawasan perindustrian SILC di Johor Bahru.
Polis lupuskan dadah bernilai RM68.88 juta
Polis Johor melupuskan sebanyak 989.21 kilogram dan 7,479.90 liter dadah pelbagai jenis membabitkan nilai yang dianggarkan RM68.88 juta tahun ini.
Wanita disyaki langgar pelajar UiTM direman empat hari
Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari.
AWANI Ringkas: Wanita disyaki rempuh pelajar UiTM direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Korea manfaat AI dan pertahanan sebagai peneraju keselamatan
Korea Selatan memperkukuh kedudukannya sebagai pemain utama dalam arena pertahanan dan keselamatan global, dipacu oleh industri pertahanan berteknologi tinggi.
Ini termasuk kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI), serta pakatan strategik dengan negara-negara yang sehaluan.
Ini termasuk kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI), serta pakatan strategik dengan negara-negara yang sehaluan.
Video Tular: JAKIM diminta siasat pelajar puji guru secara melampau
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab dalam sebuah majlis yang tular di media sosial, pada Rabu.
Jakarta kenakan levi sisa sampah bermula tahun depan
Kerajaan wilayah Jakarta akan mengenakan levi sisa sampah setiap isi rumah mulai Januari 2025 sebagai sebahagian daripada usaha menguruskan bahan buangan itu.
OpenAI rancang buka pejabat baharu di Singapura tahun ini
Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, menyatakan bahawa Singapura telah muncul sebagai peneraju dalam bidang kecerdasan buatan dan dengan pembukaan pejabat baharu ini ia akan menjadi salah satu daripada empat pejabat baharu OpenAI di seluruh dunia.