Tandas sekolah pun ukuran perubahan yang rakyat rasa - Amir Hamzah
Tandas sekolah yang bersih dan berfungsi mungkin nampak kecil, tetapi besar maknanya buat keselesaan anak-anak. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pencapaian kerajaan perlu dirasai melalui perkhidmatan yang lebih baik di klinik, sekolah dan kemudahan awam yang digunakan rakyat setiap hari.