Usahawan bukan gagal berniaga, tapi gagal merancang - AKPK
Ramai usahawan bukan gagal kerana tiada impian. Mereka gagal kerana tiada perancangan yang teratur.
Menurut Jurulatih Perniagaan, Jabatan Pendidikan Kewangan PKS, AKPK, Hasanul Israq Mohd Joaini, perancangan kewangan yang sistematik bukan sekadar membantu operasi perniagaan, malah meningkatkan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman dan mengembangkan perniagaan.