Usaha mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan 92 lagi baki mayat mangsa nahas pesawat Airasia Indonesia Penerbangan QZ8501 akan diteruskan walaupun tiada lagi penglibatan pihak berkuasa lain
seperti Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo berkata, penarikan diri TNI tidak ada kaitan dengan tindakan memberhentikan operasi seperti yang dilaporkan media.
"Sepanjang saya selaku penyelaras usaha mencari dan menyelamat, belum dinyatakan ditutup. Maka operasi pencarian masih tetap berlanjut," katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen MetroNews di sini hari ini.
Bambang berkata, kekuatan Basarnas tidak lemah walaupun tanpa pasukan TNI kerana Basarnas turut mempunyai sistem pencarian seperti alat pencarian di bawah air dan sedang diusahakan oleh kapal milik SKK Migas.
Katanya, Basarnas memberikan tempoh dua hari untuk pasukan SAR berehat setelah bekerja selama sebulan di tengah laut.
Usaha mencari pesawat Airasia memasuki hari ke-31. Penerbangan QZ8501 itu hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis lepas semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.
[GALERI FOTO]: OBJEK SERPIHAN PESAWAT DITEMUI, SAR YAKIN MILIK AIRASIA QZ8501
Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Setakat ini, usaha mencari dan menyelamat telah menemukan 70 mayat dan daripada jumlah itu, 55 mayat telah dikenal pasti dan diserahkan kepada waris masing-masing.
Basarnas kini akan menumpukan usaha mencari mayat dan tidak lagi menjalankan kerja-kerja mencari bangkai pesawat berkenaan.
Pihak berkuasa juga telah memulakan siasatan kejadian setelah menemui kotak hitam pesawat minggu lepas dan telah menaikkan badan pesawat itu yang terbenam dalam dasar laut di Selat Karimata di Laut Jawa dua hari lepas.
Bernama
Wed Jan 28 2015
Basarnas kini akan menumpukan usaha mencari mayat dan tidak lagi menjalankan kerja-kerja mencari bangkai pesawat berkenaan. - Gambar fail
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.