Selain Perak, Johor, Kelantan dan Pahang, lapan kampung di Kudat, Sabah turut dilanda banjir akibat hujan lebat tidak berhenti sejak petang semalam.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Sabah belum dikenal pasti manakala mangsa banjir di Perak, Johor dan Kelantan berkurangan sehingga petang ini.
Di SABAH, Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata antara kampung yang terjejas ialah Kampung Gumpa, Kampung Bak-Bak dan Kampung Korina termasuk di pekan Kudat.
Menurutnya Jalan Kampung Tamalang ke Kampung Sikuati telah terputus hubungan kepada kenderaan ringan.
Tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini memandangkan air masih berada pada paras 1.9 meter, katanya.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun sebanyak 1,940 orang daripada 536 keluarga di 11 pusat pemindahan banjir, berbanding 1,948 orang daripada 538 keluarga pagi tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di Perak Tengah menurun kepada 1,620 orang manakala di daerah Hilir Perak kekal sebanyak 210 orang, Manjung (76 orang) dan Hulu Perak (34 orang).
Di JOHOR, hanya lima mangsa daripada satu keluarga masih berada di pusat pemindahan di Segamat petang ini berbanding 18 orang membabitkan empat keluarga, pagi tadi.
Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, keluarga itu yang termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berada di Balai raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap.
Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir berkurangan kepada 1,415 daripada 343 keluarga di 21 pusat pemindahan berbanding 1,525 daripada 368 keluarga pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang sebanyak 30 orang, di Kuala Krai kekal 878 orang manakala Gua Musang dan Tanah Merah masing-masing kekal 414 orang dan 93 orang.
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Temerloh masih kekal 981 orang.
Bernama
Wed Jan 14 2015
Tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini memandangkan air masih berada pada paras 1.9 meter, katanya. - Bernama Photo
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.