awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT

Bernama
Bernama
07/04/2024
02:21 MYT
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing dengan menaiki bas yang disediakan, di Johor Bahru, 5 Apr 2024. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menyediakan 23 bas bagi membawa pulang 1,000 mahasiswa dari negeri itu yang menuntut di 11 institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara secara percuma sempena perayaan Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2024 yang bermula 29 Mac lepas hingga semalam.
"Inisiatif ini bagi memastikan mahasiswa Johor yang merantau jauh di IPT seluruh Malaysia pulang ke selatan tanah air dengan selesa dan selamat serta dapat mengurangkan bebanan kos pengangkutan untuk beraya bersama keluarga tercinta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aznan berkata antara IPT terlibat adalah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.
Beliau berkata inisiatif tersebut turut mendapat kerjasama Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Gabungan Anak Johor dan Persatuan-Persatuan Mahasiswa Anak Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas
#bawa pulang mahasiswa
#Aidilfitri
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan