awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air

Bernama
Bernama
16/04/2024
10:05 MYT
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Fungsi utama empangan berkenaan ketika ini adalah sebagai kawasan tadahan hujan dan tebatan banjir. - Gambar fail
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata fungsi utama empangan berkenaan ketika ini adalah sebagai kawasan tadahan hujan dan tebatan banjir.
"Projek ini akan bermula pada akhir tahun ini dan dijangka siap antara 2026 atau 2027. Ini adalah pelan jangka masa panjang yang dirancang untuk mengatasi isu gangguan bekalan air khususnya di kawasan Felda Bukit Permai, Kulai.
"Tetapi untuk pelan jangka masa pendek dan sederhana, kita akan perbanyakkan tangki air bagi memenuhi peningkatan permintaan pengguna di kawasan terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri mahu pihak operator air Ranhill SAJ Sdn Bhd mengemukakan laporan berhubung gangguan bekalan air di Felda Bukit Permai pada 1 Syawal lepas.
"Kita akan lihat apa yang boleh dibantu khususnya berkaitan lokasi penempatan tangki-tangki air tambahan. Mungkin lokasi itu berada di tanah milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan dan sebagainya," katanya.
Rabu lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya mengalami gangguan bekalan air ketika perayaan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Johor
#empangan sembrong
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan