AirAsia Bhd menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengemukakan pengiraan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi lapangan terbang tertentu lebih cepat daripada standard industri tiga hingga empat tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, berkata proses pengiraan tersebut, yang akan mencerminkan kemudahan yang terdapat di lapangan terbang masing-masing, boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
"Saya mengalu-alukan MAVCOM untuk melakukannya dan sudah tiba masanya. Malaysia akan menjadi negara pertama di ASEAN untuk melaksanakannya dengan baik dan saya menggesa mereka melakukannya dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelan pendigitalan syarikat penerbangan itu di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi pada Khamis.
Pada Ogos, Ketua Pegawai Operasi MAVCOM, Azmir Zain, berkata suruhanjaya itu merancang untuk menyemak semula pengiraan PSC di lapangan terbang tempatan, sejajar dengan amalan antarabangsa.
Beliau juga berkata negara-negara Eropah mengambil masa antara tiga dan empat tahun untuk melaksanakan mekanisme tersebut dan MAVCOM merancang tempoh masa yang sama.
Sementara itu, pada pembentangan beliau, Fernandes menekankan visinya untuk mengurangkan penggunaan tunai dalam penerbangan AirAsia melalui pengenalan perkhidmatan e-dompet, BigPay.
Perkhidmatan tersebut, yang dijangka dilancarkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang, memudahkan pengembara menggunakan sehingga 10 kad debit atau kad kredit untuk melakukan transaksi di seluruh ASEAN.
Ia akan mempunyai kesemua 10 mata wang ASEAN, selain turut menawarkan kadar pertukaran asing yang lebih rendah berbanding bank.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2017
Fernandes turut menekankan visinya untuk mengurangkan penggunaan tunai dalam penerbangan AirAsia melalui pengenalan perkhidmatan e-dompet, BigPay. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.