Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk memudahkan penggabungan bank jika wujud cadangan, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

Terdapat sebanyak 27 buah bank di Malaysia, dan lapan daripadanya merupakan bank tempatan.

Malaysia, pada satu ketika, mempunyai 35 bank perdagangan.

"Jika terdapat banyak cadangan untuk penggabungan, BNM akan mempermudahkannya," katanya kepada para editor kanan pada Rabu dalam satu taklimat menjelang pengumuman Laporan Tahunan 2016 bank pusat, pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya BNM menyedari bahawa bukan bilangan bank yang menjadi isu tetapi kualiti perkhidmatan yang disediakan dan sama ada ia mampu memenuhi keperluan ekonomi.

-- BERNAMA