KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap.
Menerusi satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa kerajaan sedang memantau rapat perkembangan di Asia Barat termasuk kedudukan pasaran kewangan, serta potensi impak ke atas Malaysia, sekali gus akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.
"Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama GLC, GLIC, syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing.
"BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan.
"BNM telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan, yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda," menurut kenyataan BNM.
Kenyataan Anwar dikeluarkan selepas beliau hadir satu mesyuarat khas petang semalam yang berlangsung di kediamannya, antara lain bagi membincangkan situasi terkini di rantau Asia Barat.
Mesyuarat khas itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta pegawai tertinggi kerajaan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, serangan dilancarkan Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Apr 15 2024
![BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan. - Gambar fail
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
![Peningkatan konflik di Asia Barat bawa malapetaka - PBB Peningkatan konflik di Asia Barat bawa malapetaka - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717026709_TorWennesland.jpg)
Peningkatan konflik di Asia Barat bawa malapetaka - PBB
Peningkatan ketenteraan hanya akan menjamin lebih banyak penderitaan dan kemusnahan kepada masyarakat di Lubnan serta Israel.
![Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713519593_Militaryjpg.jpg)
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
![Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700208183_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
![MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713444058_tbMIHAS.jpg)
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
![Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713308068_WacanaSinar.jpg)
Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Kajian mendapati, undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708752887_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
![BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
![Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713060538_Iraniandemonstrator.jpg)
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
![Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701789141_TBMohdNaimMokhtar.jpg)
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.