Platform e-dagang, Shopee telah menyaksikan peningkatan 32 peratus dalam jumlah carian produk sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Syarikat itu menyedari lonjakan bilangan carian dalam talian apabila menghampiri Tahun Baharu Cina dan menunjukkan peningkatan trend pengguna memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan.

"Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Platform itu menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta sempena Kempen Wang Bersama Shopee sehingga 25 Februari.

Tambahan lagi, pengguna boleh memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888 dengan permainan Fortune Ang Pao di Shopee.

Antara carian kategori paling popular sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi tahun ini adalah pakaian wanita, mobil dan gajet, permainan kanak-kanak dan bayi, kasut wanita dan beg wanita.

Antara carian kategori paling popular sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi tahun ini



Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

Shopee juga akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee termasuk Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Aplikasi Shopee bleh dimuat turun secara percuma menerusi Apps Store atau Google Play.