Malaysia diunjur mencatat momentum pertumbuhan ekonomi secara sederhana pada tahun depan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 5.5 peratus, kata Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor.
Beliau berkata, walaupun unjuran itu rendah sedikit berbanding unjuran 5.8 peratus bagi tahun ini, ia masih dilihat sebagai angka yang baik dan penyederhanaan itu adalah disebabkan oleh kesan asas yang tinggi pada 2017.
"Tahun depan diunjur mencatat perkembangan sederhana dan ini seiring jangkaan keadaan pertumbuhan global yang sama.
"Pihak Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah membuat unjuran perdagangan global akan rendah sedikit pada tahun depan iaitu pada 3.2 peratus berbanding 3.6 peratus tahun ini. Malah, ini merupakan antara faktor yang akan memberi kesan kepada ekonomi kita," katanya pada sesi taklimat media mengenai unjuran pasaran dan ekonomi bagi 2018, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Kamaruddin berkata MIDF menjangkakan aliran perbelanjaan yang memberangsangkan, khususnya dalam kalangan pengeluar di China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia, berkemungkinan memberi kesan limpahan positif ke atas Malaysia.
"Pegawai-pegawai China telah menyasarkan pertumbuhan perdagangan negara itu pada 6.5 peratus bagi 2017 namun ia telah mencecah purata 6.8 peratus bagi suku pertama 2017.
"Kami menjangkakan pertumbuhan KDNK China mencecah 6.7 peratus bagi 2018 dan ini amat bersesuaian dengan prestasi ekonomi domestik. Ini berikutan perdagangan kita dengan China yang menyumbang kira-kira 16 dan 17 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia," katanya.
Mengulas prestasi ringgit, Kamarudin berkata sebarang kenaikan baharu kadar faedah yang akan diumumkan oleh pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada 2018 akan memberi kesan kepada kadar pertukaran dolar dengan unit tempatan itu.
Kamaruddin mengunjurkan ringgit akan diniagakan pada 3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir 2018 berbanding paras 4.05 pada penghujung 2017.
Beliau turut menjangkakan pihak Bank Negara Malaysia bertindak menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 mata asas kepada 3.25 peratus berbanding 3.00 peratus ketika ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Penyelidikan MIDF, Mohd Redza Abdul Rahman pula menjangkakan pasaran ekuiti akan mencatat jumlah dagangan saham-saham bermodal kecil dan sederhana yang meningkat Bursa Malaysia manakala Indeks FBMKLCI diunjur mencecah paras 1,900 pada tahun depan.
"Pada tahun ini misalnya, peningkatan pasaran adalah dijangkakan dan mudah tunai masih di paras lebih baik dengan aliran dana ketika ini sekitar RM10 bilion.
"Kami menyasarkan pendapatan akan kembali meningkat pada tahun depan, terutamanya sektor perbankan yang menikmati wajaran tinggi ketika ini," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017
Malaysia diunjur mencatat momentum pertumbuhan ekonomi secara sederhana pada tahun depan. - Gambar hiasan
NVIDIA dijangka lancar kad grafik GeForce RTX 5090 sahaja tahun ini
NVIDIA sedang memfokuskan pengeluaran kad grafik mereka untuk tujuan pembelajaran mesin dan kecerdasan terlebih dahulu dengan cip grafik NVIDIA Blackwell B200 mereka.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Hamil semasa musim haji... apa perancangan seterusnya? Ini saranan Tabung Haji
Risiko keguguran amat tinggi kerana di Tanah Suci, jemaah haji banyak berjalan dan berlaku pergerakan yang agresif.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.5 peratus tahun depan
Malaysia diunjur mencatat momentum pertumbuhan ekonomi secara sederhana pada tahun depan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 5.5 peratus, kata Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Inv