awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR

Azib Zikry
Azib Zikry
07/05/2024
06:00 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Abdul Ghani ketika meninjau proses undi awal di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu pada selasa. - Gambar/ Sinar Harian
HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum lagi menerima aduan rasmi mengenai sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkara itu disahkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang berkata kempen berlangsung dalam keadaan yang baik dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang ditetapkan.
Justeru berbaki tiga hari sebelum hari mengundi Sabtu ini, beliau berharap semua pihak menerapkan nilai positif dengan berkempen secara matang.
"Kita tidak terima apa-apa (aduan rasmi). Maknanya kempen PRK di Kuala Kubu Baharu ini dilakukan secara baik dan sangat menggalakkan.
"Saya sangat berharap, tinggal lagi tiga hari berkempen... perlulah secara matang, berkempen secara elok dan kita saling menghormati," katanya kepada pemberita selepas selesai meninjau perjalanan pengundian awal di Dewan Serba Guna Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu Abdul Ghani mengadakan tinjauan di Rejim Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri untuk turut dijadikan pusat pengundian awal.
Mengulas mengenai perjalanan proses pengundian awal PRK kali ini, Abdul Ghani berkata, peratusan keluar mengundi begitu menggalakkan, menunjukkan komitmen barisan hadapan keluar mengundi.
"Setakat jam 1 tengah hari, SPR merekodkan 90 peratus pengundi, Saya berharap pengundian awal yang berlangsung hari ini, mencatatkan peratusan tinggi," katanya.
Abdul Ghani turut memaklumkan bahawa lawatan ke DUN Kuala Kubu Bharu hari ini merupakan tugasan terakhirnya sebagai Pengerusi SPR.
Ini kerana Khamis ini, merupakan hari terakhir beliau menjalankan tugas sebagai Pengerusi SPR.
Justeru beliau mengharapkan kepimpinan baharu dapat melaksanakan tugasan di SPR dengan baik, berkecuali, bebas dan kita dapat meneruskan demokrasi dengan baik serta cemerlang,
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#KKB
#Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan