Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang tahun ini didorong oleh asas ekonomi yang kukuh, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Zafrul berkata walaupun pilihan raya umum akan berlangsung tahun ini, industri itu dijangka menerima impak yang minimum, dan ringgit diunjur mengukuh berbanding dolar US tahun ini.
"Tidak ada impak ke atas kumpulan, namun dari segi ekonomi, ia mungkin bergantung kepada keputusan pilihan raya.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan peningkatan positif dari segi aliran masuk dana yang akan diterjemahkan kepada pengukuhan ringgit," katanya pada taklimat media mengenai Hari Korporat CIMB ke-10 di sini hari ini.
Beliau berkata ringgit dijangkakan mengukuh kepada 4.05 berbanding dolar US pada 2018 berbanding 4.30 pada 2017.
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina memandangkan Parlimen ke-13 Malaysia akan dibubarkan secara automatik pada 24 Jun tahun ini.
Zafrul juga berkata sektor komoditi, elektrik dan elektronik serta perkilangan akan terus menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"KDNK dijangkakan berkembang pada kadar 5.2 peratus, dan beberapa industri utama akan memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi tempatan tahun ini," katanya.
Industri utama yang dijangkakan cergas tahun ini termasuklah e-dagang, perbankan dan insurans serta infrastruktur, katanya.
Zafrul berkata pasaran bon Malaysia diunjur terus berdaya tahan, dan ekonomi serantau akan terus berkembang tahun ini.
"CIMB kini meneroka pasaran baharu dan melaksanakan transformasi yang akan membawa kami untuk merealisasikan pelan T18 dengan positif," katanya.
Beliau berkata CIMB berada pada kedudukan yang baik untuk melancarkan platform perbankan digitalnya di Vietnam bulan ini, pertama di negara berkenaan, manakala bagi Filipina, kumpulan perbankan terkemuka ASEAN itu dijangka dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.
Menerusi pembukaan cawangan CIMB di Filipina, ia akan melengkapkan kehadiran ke-10 institusi itu di ASEAN, katanya.
Terdahulu, Zafrul dalam ucapannya berkata 2018 akan disokong oleh tinjauan positif yang membawa kepada perolehan korporat yang lebih baik, terbitan bon infrastruktur/sukuk bernilai RM90 bilion serta potensi tawaran awam permulaan (IPO) dan penggabungan dan pengambilalihan.
"Kami menjangkakan beberapa IPO besar akan dilaksanakan, terutama pada separuh kedua, selepas pilihan raya umum," katanya, dan membayangkan sebahagian besar IPO membabitkan sektor infrastruktur, pengguna dan perkhidmatan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018
Zafrul berkata pasaran bon Malaysia diunjur terus berdaya tahan, dan ekonomi serantau akan terus berkembang tahun ini. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Pelaburan Digital | Cipta 39,231 pekerjaan, lonjakan ekonomi digital
Pelaburan digital telah menyediakan peluang sebanyak 39, 231 pekerjaan di Malaysia antara 2021-2023. Bagaimana pelaburan ini dapat melonjakkan ekosistem digital Malaysia?
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
Ekonomi Malaysia terus berkembang, didorong asas yang kukuh - CIMB
Zafrul berkata walaupun pilihan raya umum akan berlangsung tahun ini, industri itu dijangka menerima impak yang minimum, dan ringgit diunjur mengukuh berbanding dolar US tahun ini.