Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998 berikutan pelaksanaan perintah kawalan tidak dijangkakan bagi membendung penularan COVID-19 dan menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak.
Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 4.9 peratus.
Bagi suku ini, semua sektor-sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari dan pembinaan masing-masing susut 16.2 peratus, 18.3 peratus, 20 peratus dan 44.5 peratus, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin hari ini.
Sektor pertanian bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus.
Susulan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus bagi suku pertama tahun ini, KDNK bagi separuh pertama mencecah -8.3 peratus berbanding 4.7 peratus dalam separuh pertama tahun lepas, kata beliau pada sidang media, hari ini.
Hadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Di peringkat serantau, Singapura mencatatkan penyusutan KDNK sebanyak 12.6 peratus manakala Filipina menguncup 16.5 peratus dan Indonesia susut pada 5.3 peratus.
Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, 2020 yang menyaksikan ekonomi beroperasi pada kapasiti sebanyak 45 peratus.
Ini disusuli dengan PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan seterusnya PKP Pemulihan pada 10 Jun-31 Ogos, 2020 yang membawa kepada pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur.
Mengulas perkara itu, Nor Shamsiah berkata campur tangan agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membolehkan pemulihan ekonomi secara lebih pantas.
Menurutnya, BNM telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2020 kepada -3.4 hingga -5.5 peratus daripada -2 hingga 0.5 peratus sebelum ini berikutan anggaran awal itu berdasarkan tempoh PKP selama empat minggu berbanding tujuh minggu.
Ekonomi juga dijangka pulih dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus kepada 8 peratus pada 2021.
Unjuran pertumbuhan lebih baik dalam separuh kedua 2020 dan 2021 adalah berdasarkan kepada peningkatan berterusan persekitaran luaran, normalisasi aktiviti ekonomi secara beransur-ansur dan keadaan pasaran tenaga kerja, projek-projek pelaburan baharu, permintaan terhadap produk-produk teknologi dan penjagaan kesihatan serta pengembangan dalam kapasiti pengeluaran berkaitan komoditi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020
Nor Shamsiah berkata campur tangan agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membolehkan pemulihan ekonomi secara lebih pantas. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Impak COVID-19: Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua
Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 4.9 peratus.