LAPORAN Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Parlimen Isnin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Secara keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik dengan 172 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan 'Sangat Baik' (4 bintang) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.

Kerajaan Persekutuan memperoleh hasil lebih RM220 bilion menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus.

Laporan Audit Negara 2014