AirAsia X Bhd mengumumkan perlantikan Datuk Kamarudin Meranun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan Benyamin Ismail sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 30 Jan.
Pengumuman itu berikutan pemberhentian bekas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani.
Dalam satu kenyataan di sini, AirAsia X berkata Kamarudin akan menerajui pembangunan strategi yang menyeluruh untuk AirAsia.
Kamarudin dan Benyamin akan membuat penyusunan semula dan pemulihan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat itu .
"Sejak beberapa bulan yang lalu, kami melihat syarikat ini menghadapi cabaran dalam persekitaran yang sukar. Selepas kajian semula yang menyeluruh, satu pelan pemulihan dibentuk untuk meletakkan syarikat pada kedudukan kewangan yang lebih baik," kata Kamarudin dalam satu kenyataan yang sama .
Kamarudin berkata melalui pelan yang mantap ini, AirAsia X akan mara ke peringkat seterusnya untuk meningkatkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan pilihan dalam jangka panjang.
Beliau berkata beliau yakin dengan lembaga AirAsia X dan pelan ini yang akan membawa AirAsia berkembang ke pasaran baru.
Bagi Benyamin, beliau berkata dalam kenyataan yang sama, AirAsia X akan terus berkembang ke pasaran baru untuk membina rangkaian serantau yang tiada tandingan.
Beliau menyertai AirAsia Bhd pada tahun 2010, mengetuai pasukan Perhubungan Pelabur dan baru-baru ini beliau memainkan peranan sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Korporat, Pelaksanaan dan Perhubungan Pelabur.
Kumpulan AirAsia X merangkumi AirAsia X Berhad, Thailand AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.
Astro Awani
Fri Jan 30 2015
Dalam satu kenyataan di sini, AirAsia X berkata Kamarudin (gambar) akan menerajui pembangunan strategi yang menyeluruh untuk Air Asia.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.