Krisis COVID-19 membawa perubahan jangka panjang kepada kewangan berstruktur di seluruh dunia, mengubah profil risiko kebanyakan kelas aset kerana kesan campur tangan kerajaan, perubahan tingkah laku dan perkembangan lain, kata Moody's Investors Service hari ini.
Naib Presiden dan Penganalisis Penyelidikan Kanan Moody's, Frank Cerveny berkata kesan jangka panjang termasuk pertumbuhan yang lebih perlahan di banyak negara, produktiviti lebih rendah dan pengangguran jangka panjang lebih tinggi dengan implikasi negatif untuk urus niaga kewangan berstruktur, terutama perniagaan yang terjejas akibat penularan COVID-19 seperti pelancongan, penerbangan dan peruncitan.
"Kadar faedah yang sangat rendah akan menyokong prestasi cagaran di sektor kewangan berstruktur, ia juga mendapat keuntungan daripada keadaan pinjaman yang baik tetapi kadar rendah juga menyebabkan aktiviti memburu hasil akan berterusan sehingga melemahkan kualiti kredit sekuriti hutang baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Moody's hari ini mengeluarkan laporan bertajuk 'Coronavirus pandemic will accelerate and reshape credit trends in structured finance' (Pandemik koronavirus akan mempercepatkan dan mengubah trend kredit dalam kewangan berstruktur).
Agensi penarafan itu berkata campur tangan kerajaan, seperti pembayaran atau kemuflisan, pinjaman kecemasan jaminan kerajaan dan lain-lain bantuan kerajaan, terutama dalam sektor penting yang munkin akan berlaku pada masa depan berikutan keadaan ketika ini.
Ia akan mengubah profil risiko urus niaga kewangan berstruktur di kebanyakan kelas aset melalui kesan yang menguntungkan secara serta-merta tetapi ia akan melibatkan kos jangka panjang untuk penanggung obligasi dan meningkatkan risiko pembiayaan semula bagi beberapa tahun akan datang, katanya.
Moody berkata kesedaran mengenai alam sekitar dan sosial yang semakin meningkat akan menjejaskan perjalanan di peringkat antarabangsa dengan implikasi negatif terutama untuk urus niaga kewangan berstruktur yang terdedah termasuk sektor perhotelan dan penerbangan.
Fokus kepada isu-isu alam sekitar juga akan mempercepatkan transformasi sektor automotif dengan implikasi campuran untuk prestasi sekuriti bersandarkan aset (ABS).
Sekuriti bersandarkan gadai janji kediaman (RMBS), sekuriti bersandarkan gadai janji komersial dan bon yang dilindungi akan semakin terdedah kepada penalti pengawalseliaan untuk kecekapan tenaga yang lemah bagi bangunan sedia ada.
Pengembangan jaringan keselamatan sosial adalah faktor positif bagi pengguna ABS, RMBS manakala negatif untuk beberapa beberapa pensekuritian korporat sementara pemilihan aset akan mengambil kira perkara berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, berubah daripada saringan negatif kepada pemilihan proaktif.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
COVID-19 mempengaruhi kesan jangka panjang termasuk pertumbuhan yang lebih perlahan di banyak negara, produktiviti lebih rendah dan pengangguran jangka panjang lebih tinggi. - Gambar fail
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.