Malindo Air melanjutkan tawaran tambang eksklusif bagi 'Malindo Air Travel Fair 2016 2016' yang dilancarkan baru-baru ini, sehingga 5 Jun ini, berikutan sambutan yang amat menggalakkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata kempen tawaran istimewa itu yang menawarkan tambang eksklusif dengan diskaun sehingga 90 peratus dan berakhir pada 29 Mei, dilanjutkan dengan tarikh perjalanan sah mulai 23 Mei tahun ini sehingga 31 Mac, 2017.
Tawaran ini sah bagi semua pembelian yang dibuat dalam talian, di pejabat jualan tiket dan melalui agensi-agensi pelancongan di Malaysia, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air Travel Fair 2016 mencapai kejayaan besar dengan semua sejuta tempat duduk yang diperuntukkan untuk tawaran telah direbut.
"Oleh itu, kami memutuskan untuk melanjutkan tawaran istimewa kami, dengan jangkaan lonjakan penumpang semasa cuti sekolah yang jatuh pada awal Ramadan.
"Kami sentiasa mahu memberi kemudahan kepada semua orang untuk menggunakan penerbangan," katanya.
Promosi berkenaan bagi penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Subang ke destinasi dalam Malaysia atau ke destinasi lebih jauh seperti Batam, Bali, Bangkok, Jakarta, Ho Chi Minh City dan Bandung.
Syarikat penerbangan itu juga menawarkan penerbangan ke destinasi seperti Colombo, Kochi, Trivandrum, Tiruchirappalli, Dhaka, Kathmandu, Perth, Hong Kong, Delhi, Mumbai, Amritsar dan Lahore.
Bernama
Mon May 30 2016
Malindo Air Travel Fair 2016 mencapai kejayaan besar dengan semua sejuta tempat duduk yang diperuntukkan untuk tawaran telah direbut. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara
Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri.
Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.
MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar
Setakat ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30% daripada harga tiket penerbangan, kepada pelajar yang berdaftar.
Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi!
Seronok nak mengundi kali ini. Banyak sungguh tawaran diskaun produk, makanan, minuman dan pelbagai lagi yang disediakan!
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus
KTMB menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun
Insentif pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN disambut baik apabila ramai mengambil pendekatan itu untuk melangsaikan baki tertunggak.