Perang perdagangan yang semakin serius antara Amerika Syarikat dan China dijangka lebih menjejaskan negara pesat membangun yang bergantung kepada eksport ketika permintaan dunia menyusut, serta mengurangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar mereka sebanyak 0.2 hingga 0.4 mata peratusan, kata pakar ekonomi.
Ketua Pakar Ekonomi, Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO), Dr Khor Hoe Ee berkata negara pengeluar komoditi akan kurang terjejas.
Beliau berkata, perang perdagangan itu turut memberi kesan ke atas pasaran kewangan sehingga bank pusat perlu memutuskan untuk menaikkan kadar faedah, sekali gus menyebabkan pertumbuhan lebih rendah.
"Ketidakpastian lebih besar adalah bagaimana ia akan menjejaskan pasaran kewangan dan kesan limpahan ke atas keyakinan, pelaburan dan kadar faedah.
"Ini boleh memberi kesan lebih besar kepada pasaran kewangan," katanya kepada pemberita selepas Siri Meja Bulat ASEAN bertajuk 'What Lessons Learned from Financial Crises of Recent Times' (Apakah Iktibar Daripada Krisis Kewangan Baru-baru Ini) di sini, pada Rabu.
Pakar ekonomi itu berpandangan kebanyakan pasaran pesat membangun di Asia agak kukuh, selain beliau yakin negara pesat membangun di rantau ini telah mengambil langkah proaktif bagi menghalang sebarang krisis daripada berlaku.
"Pada jangkaan saya walaupun dalam keadaan ketidaktentuan modal, mereka akan mampu mengharungi kejutan ini.
"Saya yakin bahawa tiada krisis kewangan akan berlaku di negara-negara rantau ini," katanya.
Khor berkata pada jangka sederhana, penting untuk memperkukuh jaringan keselamatan kewangan serantau dan mempercepat agenda pembaharuan berstruktur bagi penyepaduan pendapatan berterusan pada jangka panjang.
Beliau berkata selain itu, AMRO turut yakin terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, sejajar dengan amalan fiskal lebih baik dan potensi pemulihan harga minyak mentah pada masa depan.
"Kami sedang berbincang dengan pihak berkuasa untuk memahami apa keutamaan dasar baharu yang akan dilaksanakan. Saya tidak fikir akan ada perubahan besar namun pastinya ekonomi ini perlu diselaraskan semula.
"Bagaimanapun, keseluruhannya, kami amat yakin terhadap prospek Malaysia," katanya.
Meja Bulat itu dianjurkan oleh CIMB ASEAN Research Institute (CARI) dengan kerjasama Kelab Perniagaan ASEAN serta Forum Monetari dan Institusi Kewangan Rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 18 2018
Khor (dua kanan) bersama Pengerusi CIMB ASEAN Research Institute Tan Sri Dr Munir Majid (tengah) dan peserta lain pada sesi Siri Meja Bulat ASEAN di Kuala Lumpur, 18 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke