Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan Aset di Bawah Pengurusannya (AUM) telah mengatasi paras RM300 bilion buat pertama kali dan mencecah RM304.1 bilion bagi separuh pertama tahun 2019.
Sementara itu, pendapatan bersih proforma PNB menurun 1.4 peratus kepada RM5.3 bilion untuk tahun ini hingga 31 Mei 2019.
“Persekitaran dalam separuh tahun 2019 terus kekal mencabar bagi institusi pelaburan sejajar dengan perkembangan global dan domestik,” kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada sidang media di sini pada Isnin.
Zeti turut mengumumkan pengagihan pendapatan buat Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) dan ASN Equity 2.
Agihan pendapatan buat ASB 3 Didik ialah 5.25 sen seunit yang terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.85 sen seunit dan bonus sebanyak 0.40 sen seunit.
Pemegang unit ASN Equity 2 pula akan menerima 2.80 sen seunit, bersamaan dengan anggaran pulangan pengagihan sebanyak 5.0 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih pada 21 Jun 2019.
Dalam mengulas mengenai keadaan ekonomi kini, Zeti menjamin bahawa ekonomi negara mampu bertahan dalam menghadapi pasaran dunia yang tidak menentu.
“Dalam pengalaman saya lebih dua dekad melihat pasaran, keadaan pasaran kini yang turun naik tidak begitu signifikan,” kata beliau.
Zeti menjelaskan bahawa PNB bersedia untuk membantu ekonomi negara menghadapi ketidaktentuan pasaran dunia.
Antara inisiatif PNB termasuk Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik PNB yang digambarkan sedang berjalan dengan lancar.
Salah satu langkah sebahagian daripada pelan tersebut adalah menerusi strategi kepelbagaian syarikat akan dipercepatkan ke seluruh kelas aset.
Hasil daripada itu, peruntukan portfolio PNB dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset global telah meningkat masing-masing kepada 7.4 peratus dan 4.9 peratus pada akhir Mei 2019, berbanding 5.8 peratus dan 2.4 peratus pada tahun 2017.
Nailah Huda
Mon Jun 24 2019
Zeti Akhtar mengumumkan pengagihan pendapatan buat Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) iaitu sebanyak 5.25 sen seunit.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
ASB 3 Didik isytihar pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit
ASNB hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM368.15 juta untuk dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik).
PNB umum Aset di Bawah Pengurusan pertama kali melebihi paras RM300 bilion
Aset di Bawah Pengurusan (AUM) telah mengatasi paras RM300 bilion buat pertama kali dan mencecah RM304.1 bilion bagi separuh pertama tahun 2019.